Rabu, 6 Disember 2017

Doa Penghilang Dukacita

•MERAWAT DUKACITA•

Nabi SAW mengajarkan beberapa doa bagi menghilangkan kesedihan dan dukacita. Baginda bersabda : "Tidaklah seseorang  ditimpa kesedihan atau dukacita, lalu dia mengucapkan :

الَّلهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ
"Ya Allah,  aku hamba-Mu,  anak hamba lelaki-Mu, anak hamba perempuan-Mu

نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ، حُکْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
Ubun-ubunku berada ditangan-Mu, hukum-Mu berlaku kepadaku,  keputusan-Mu adil terhadapku.

أَسْأَلُكَ بِکُلِّ اسْمٍ هُاوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ
Aku memohon  kepada-Mu dengan seluruh nama yang kau miliki, yang Engkau sematkan pada diri-Mu,

أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَاْقِِكَ
Yang Engkau ajarkan kepada salah seorang hamba-Mu

أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي کِتَابِكَ
Yang Engkau turunkan dalam Kitab-Mu,

أَوْ سْتَأْثَرْتَ نِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ
atau yang hanya Engkau ketahui dalam ilmu ghaib milik-Mu,

أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْ آنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَبُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْبيِ وَذَهَابَ هَمِّي
Jadikanlah Al-Quran sebagai penyeri hatiku, cahaya dadaku, hilangnya duka dan lenyapnya kesedihanku."

Melainkan Allah akan menghilangkan kesedihannya serta menggantikan ksedihannya dengan kesenangan."

Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kalau begitu kami semua hendaklah mempelajari doa tersebut"

Baginda menjawab: "Benar, bagi orang yang mendengarnya sudah sepatutnya untuk mempelajarinya." [ Riwayat Ahmad ]

... "Segala puji bagi Allah yang telah menghapuskan perasaan  dukacita daripada kami, Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi sentiasa Memberi balasan yang sebaik-baiknya" ... [ Fathir 35:34 ]

Selasa, 5 Disember 2017

ALHAMDULILLAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ اٌلرَّحِيم

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, Semoga Allah memberkati kalian dengan Limpah KurniaNya. Bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menulis pada malam ini, Dengan harapan tiada lagi Keluhan yang sering kita ucapkan dibibir sehingga hilangnya erti Syukur kita terhadap Maha Pencipta.

Selagi nafas berhembus,  selama itu kita pasti akan berdepan dengan kesulitan dan kerumitan,  masalah dan halangan bahkan kekecewaan dan kegagalan yang memeritkan. Demikian lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. 

ALLAH SWT berfirman : "Sesungguhnya  Kami pasti akan menguji kamu dengan perasaan takut dan kelaparan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang Sabar" [Al-Baqarah 2:155]

Lalu bagaimana kita ingin mengubah musibah apabila ia datang menerjah...??? Syukur dan Sabar adalah jawapan bagi setiap dugaan.

Enam Perkara Berikut Boleh Kata Setiap Hari Kita Lalui. rupa-rupanya Allah Ingin  Menghapuskan Dosa-dosa Kita DenganNya. Alhamdulillah..

1• KEPENATAN نَصَبٍ
                               
√ Penat,  Letih dan Lelah akibat melakukan sesuatu (perkara yang baik)

√ Penat melayan kerenah anak kecil,  mengurus anak istimewa (OKU), Menjaga ibuBapa yang sakit

√ Lelah berkejaran dengan bas untuk ke tempat kerja

2• KESAKITAN وَصَبٍ

√ Sebarang bentuk kesakitan pada badan daripada seberat-berat penyakit hinggalah seringan-ringannya seperti  tercucuk duri atau terkepit isi semasa mengetip kuku.

3• KEBIMBANGAN ھَمٍّ

√ Runsing terhadap perkara yang belum berlaku.

√ Resah belum berkahwin lagi sedangkan usia semakin bertambah.

√ Gelisah anak kita belum sampai rumah lagi.

4• KEDUKAAN حُزْنٍ

√ Bersedih terhadap perkara yang telah lama berlaku.

√ Duka mengenangkan pemergian ibu ayah.

√ Ralat tidak dapat memberi bantuan yang lebih baik buat jiran yang meninggal dunia.

5• PENDERITAAN (HATI) أذًی

√ Melibatkan perasaan yang ditanggung akibat cacian,  cemuhan, tuduhan, Orang pandang rendah, diperbodohkan dan sebagainya.

6• KESEDIHAN  غَمٍّ

√ Terhadap perkara yang sedang terjadi seperti baru menerima berita kematian orang tersayang

Sabda Nabi SAW :

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ  وَلَا أَذًی وَلَا غَمٍّ حَتَّی الشَّوْکَةِ يُشَاکُهَا إِلَّا کَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

" Tiada sesuatupun yang menimpa seorang Muslim sama ada kepenatan, kesakitan,  kebimbangan,  kedukaan,  penderitaan (Hati), kesedihan hatta duri yang mencucuknya,  Melainkan ALLAH SWT akan hapuskan dosa-dosanya disebabkan perkara itu " [Riwayat Al-Bukhari]

Isnin, 12 Oktober 2015

Lirik Lagu KURNIA - (zamani)

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa
Jelas dimata
Satu lakonan dipentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang 
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan
Terangkan kegelapan
Apa yang ada dilangit dan bumi
Adalah satu curahan
Cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang
Aku hanya menumpang kasih
Melihat keindahan
Menjamah Kebahagiaan
Dan berterima kasih
Atas kurnia yang tak terhingga

lirik lagu TERIMA KASIH - Zamani

TAK TERDAYA LAGI
KU HARUNGI HIDUP INI
TELAN SERIBU NGERI 
MENYAKITKAN DIHATI

TAK TERMAMPU LAGI 
KU RATAPI NASIB INI
APA YANG TERJADI 
KU PENDAM HAMPIR MATI
SENDIRI.....

** MENGAPA INI HARUS KU TEMPUHI
SAMPAI BILA KAN BERHENTI
ENTAH SIAPA INGIN JADI SAKSI
HANYALAH TUHAN YANG MENGERTI

*** MAAFKAN AKU BERPAUT DIKASIHMU
MENUMPANG BAHGIA SEKETIKA
IZINKAN AKU SEDETIK DIHATIMU
KERNA KU JUA MANUSIA
TERIMA KASIH....

ULANG (**) (***)

Lirik Lagu - DAMAI DI HATI (ZAMANI)



 

* Malam yang sepi
Aku sendiri 
Di ingatan tergambar wajahmu
Tidak kau sedar
Hatiku kau luka
Adakah aku yang bersalah

**Yang terluka yang kecewa 
Kepedihan yang kualami
Masih ku terasa peristiwa lalu 
Waktu bersamamu kasih


***Biarku menangis
Biarku merintih
Walau tersiksa dihati


ulang (*) (**) (***)

Pergilah sayang menyusur arahmu
Biarku cari damai dihati

ulang (**) (***)

Siksa dihati
Aku begini....