Selasa, 5 Disember 2017

ALHAMDULILLAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ اٌلرَّحِيم

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian, Semoga Allah memberkati kalian dengan Limpah KurniaNya. Bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menulis pada malam ini, Dengan harapan tiada lagi Keluhan yang sering kita ucapkan dibibir sehingga hilangnya erti Syukur kita terhadap Maha Pencipta.

Selagi nafas berhembus,  selama itu kita pasti akan berdepan dengan kesulitan dan kerumitan,  masalah dan halangan bahkan kekecewaan dan kegagalan yang memeritkan. Demikian lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. 

ALLAH SWT berfirman : "Sesungguhnya  Kami pasti akan menguji kamu dengan perasaan takut dan kelaparan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang Sabar" [Al-Baqarah 2:155]

Lalu bagaimana kita ingin mengubah musibah apabila ia datang menerjah...??? Syukur dan Sabar adalah jawapan bagi setiap dugaan.

Enam Perkara Berikut Boleh Kata Setiap Hari Kita Lalui. rupa-rupanya Allah Ingin  Menghapuskan Dosa-dosa Kita DenganNya. Alhamdulillah..

1• KEPENATAN نَصَبٍ
                               
√ Penat,  Letih dan Lelah akibat melakukan sesuatu (perkara yang baik)

√ Penat melayan kerenah anak kecil,  mengurus anak istimewa (OKU), Menjaga ibuBapa yang sakit

√ Lelah berkejaran dengan bas untuk ke tempat kerja

2• KESAKITAN وَصَبٍ

√ Sebarang bentuk kesakitan pada badan daripada seberat-berat penyakit hinggalah seringan-ringannya seperti  tercucuk duri atau terkepit isi semasa mengetip kuku.

3• KEBIMBANGAN ھَمٍّ

√ Runsing terhadap perkara yang belum berlaku.

√ Resah belum berkahwin lagi sedangkan usia semakin bertambah.

√ Gelisah anak kita belum sampai rumah lagi.

4• KEDUKAAN حُزْنٍ

√ Bersedih terhadap perkara yang telah lama berlaku.

√ Duka mengenangkan pemergian ibu ayah.

√ Ralat tidak dapat memberi bantuan yang lebih baik buat jiran yang meninggal dunia.

5• PENDERITAAN (HATI) أذًی

√ Melibatkan perasaan yang ditanggung akibat cacian,  cemuhan, tuduhan, Orang pandang rendah, diperbodohkan dan sebagainya.

6• KESEDIHAN  غَمٍّ

√ Terhadap perkara yang sedang terjadi seperti baru menerima berita kematian orang tersayang

Sabda Nabi SAW :

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ  وَلَا أَذًی وَلَا غَمٍّ حَتَّی الشَّوْکَةِ يُشَاکُهَا إِلَّا کَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

" Tiada sesuatupun yang menimpa seorang Muslim sama ada kepenatan, kesakitan,  kebimbangan,  kedukaan,  penderitaan (Hati), kesedihan hatta duri yang mencucuknya,  Melainkan ALLAH SWT akan hapuskan dosa-dosanya disebabkan perkara itu " [Riwayat Al-Bukhari]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan